Menjadi viral di laman sosial sejak semalam beberapa keping gambar sekujur mayat yang dijumpai oleh penggali kubur yang dikebumikan sejak tahun 2009 yang lalu di Kubur Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kuala Muda, Kedah.
Apa yang mengujakan, mayat berkenaan seolah-olah seperti baru dikebumikan kerana kain kafannya dan keadaan mayat masih elok walaupun sudah 6 tahun dikebumikan kerana kebiasaannya kain kapan akan reput walaupun tidak sampai setahun berada di dalam tanah.
Kerana bimbang gambar ini hanya viral liar, kami cuba menghubungi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung(JKKK) Kubur Kampung Bukit Tukang Jusoh, Encik Khair bin Hassan dan beliau mengesahkan hal berkenaan.
Menurutnya kejadian berlaku dua hari lepas di mana mayat berkenaan dijumpai oleh beberapa anak muda yang menggali kubur baru kerana terdapat kematian.
"Ceritanya begini, mayat yang telah dikebumikan pada tahun 2009 tersebut dijumpai oleh anak-anak muda yang menggali kubur berkenaan kira-kira jam 9:00 pagi Isnin lalu kerana ada kematian baru."
"Kerana kejadian ini terjadi, mereka telah menanam semula mayat berkenaan dan mencari lokasi baru bersebelahan lokasi, untuk jumpa bekas mayat lama reput tidak mustahil berlaku kerana tanah perkuburan ini sudah lama dan berlapis-lapis, cuma kali ini Tuhan nak tunjuk dekat kita tanda kebesaranNya," katanya ketika dihubungi.
Kami cuba bertanyakan siapakah nama gerangan mayat tersebut, mungkinkah beliau seorang yang tinggi amalannya. Namun En. Khair tidak dapat pastikan.
Apapun, arwah memang seorang yang bertuah dan sudah pasti bukan calang-calang individu kerana itu adalah kelebihan bagi orang-orang yang beriman dan mungkin tergolong dalam salah satu dari Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT ini. Semoga roh baliau sentiasa dicucuri rahmat.
Related Posts :
Orang Lain Bermegah Dengan Kejayaan Hidup, Lelaki Ini Buktikan Kebahagiaan Sebenar..... Kisah ini telah di kongsi oleh saudara El Azman di laman facebook beliau sendiri. Kami kongsikan kisah yang mampu beri inspirasi buat me… Read More...
Menegejutkan!! Cerita Sebenar Kenapa Ibu Tiri Ini Berubah Serta Gambar Mesra Beliau Dengan Yaya … Read More...
Baru 6 Tahun Tapi Sudah Kahwin Lelaki 35 Tahun! … Read More...
Akibat Menolak Pembelian Tanah Dari Kerajaan, Pasangan Ini Hidup Di Tengah Lebuhraya.... Pasangan warga emas dari Wenling, China ini menolak untuk menjual rumahnya apabila pihak kerjaan ingin membeli tanah untuk membangunkan l… Read More...
PERGHH...!!! LAYANAN ISTIMEWA BUAT FIRST LADY MALAYSIA...!!! LAYANAN ISTIMEWA BUAT FIRST LADY MALAYSIA...!!! Sebuah video yang menunjukkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat … Read More...
0 Response to "Cerita SEBENAR Di Sebalik Gambar Jenazah Yang Tidak REPUT Walaupun Sudah 6 TAHUN Dikebumikan"
Post a Comment