GAMBAR FATHIA TERSEBAR


Foto babak itu pula mula dipaparkan di laman sesawang hingga membuatkan ada yang terfikir apakah ia strategi produser dan pengarah untuk melariskan filem? Tepuk dada tanya selera.
Bertemu Fathia baru-baru ini, pelakon yang kini membintangi Dia Isteri Luar Biasa di TV3 kesal dengan dakwaan mengatakan dia berlakon tanpa seurat benang. Baginya, ia satu tuduhan tidak berasas yang disifatkan sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.....

#Apatah lagi foto yang dikaitkan Fathia sebagai wanita yang melakonkan babak itu sebenarnya pelakon lain yang dipercayai mempunyai wajah miripnya.
Memegang watak Syahana dalam filem itu, Fathia akui dalam satu babak dia dituntut untuk berada dalam keadaan seolah berbogel.....

“Babak itu hangat diperkatakan di media sosial tapi saya mahu jelaskan yang ketika melakonkan babak itu, saya memakai pakaian warna ‘nude’.
“Tidak dinafikan saya segan apabila diminta melakonkan babak itu tapi pengarah meminta semua kru keluar dari set supaya saya selesa melakonkannya.....

#“Tapi jujurnya untuk melakonkan watak itu sangat berat terutama kena beri gaya seolah buka coli dan seluar dalam,” jelasnya....

#Pelakon yang kini bercinta dengan Aiman Hakim Ridza akui babak itu bukan menggambarkan dia melakukan adegan ranjang sebaliknya Syahana dilacurkan selepas diberi ubat khayal.
Dalam babak itu, Fathia turut dibelasah dan dilempar ke katil tanpa menggunakan khidmat pelakon pengganti....

#“Sebelum ini saya tidak pernah membawa babak sebegini, seolah-olah saya tidak memakai seurat benang. Masyarakat kena fikir positif apa yang saya lakukan itu untuk menggambarkan remaja naif yang dilacurkan secara paksa....

#“Saya yakin penonton sekarang lebih bijak dan terbuka untuk menilai baik buruk sesuatu cerita, cuma saya sedih dengan sikap segelintir blogger yang memuat naik foto orang lain yang dikatakan saya sehingga menimbulkan isu dalam kalangan peminat,” katanya kecewa.
Bagaimanapun, Fathia tidak rasa isu ini sengaja dibangkitkan pihak produksi untuk melariskan filem. Sebaliknya Fathia tetap dengan pendirian tatkala menerima tawaran untuk beraksi ‘panas’ dalam filem Darah Panas kerana jalan ceritanya banyak menekankan isu kemasyarakatan, terutama isu moral golongan muda....

“Saya tidaklah terfikir sampai ke tahap menuduh ia angkara syarikat produksi kerana ia muncul daripada orang bukan produksi. Saya juga sudah jelaskan hal ini kepada peminat di laman Instagram saya....

“Kasihan peminat yang percaya foto dikongsi itu adalah saya, walhal ia manipulasi daripada pihak yang tidak bertanggung jawab,” katanya....
Darah Panas arahan Arjin Uppal dan terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd bakal ditayangkan kepada umum pada 4 Jun ini. Ia filem ketiga lakonan Fathia selepas Nasi Lemak 2.0 dan Hijab dan kali ini berganding dengan Sharnaaz Ahmad.
Filem yang menjalani penggambaran pada Oktober 2012, mengisahkan keghairahan Syahana mengejar cita-cita dalam dunia peragaan hingga membawanya ke suatu dunia yang tidak pernah diimpikan mana-mana wanita....

#Enggan memanjangkan lagi isu berbogel di filem, Fathia rancak berbual mengenai perancangan untuk mengeluarkan produk minuman kesihatan yang diberi nama Looking Good.
Katanya, dia mendapat inspirasi menghasilkan produk detox itu kerana tahu ramai yang sering mengeluh minuman detox di pasaran memberi banyak kesan sampingan.
“Kalau tiada aral, produk saya itu akan dikeluarkan ke pasaran dalam tempoh terdekat selepas segala urusan berkaitan selesai....

#“Pun begitu, ia tidak mengganggu hubungan saya sebagai duta beberapa produk lain seperti Avon,” katanya....

#Selain drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa yang kini mendapat perhatian kerana lakonan mantap sebagai pasangan kekasih bersama Shukri Yahaya, Fathia akan masuk ke set drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi berganding dengan Fattah Amin pula.
Katanya, melalui dua drama bersiri itu, diharap peminat tidak lagi terus mengaitkan keserasian dalam drama hanya wujud ketika lakonannya bersama Keith Foo melalui Ariana Rose semata-mata.....
-kredit : harianmetro

0 Response to "GAMBAR FATHIA TERSEBAR"

Post a Comment