Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad sebagai gundik. – Foto AP
Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.
Related Posts :
Beginilah Keadaan Kubur Anda Jika Meninggal Di Makkah Yang Ahli Keluarga Patut Rasa Gembira Dan Tenang Jika Kematian Ahli Keluarga Di sana… Read More...
Baru Berusia 20 Tahun Tetapi Telah Berkahwin Sebanyak 4 Kali Dengan Lelaki BerbezaHahaha , padah kalau boleh update selalu macam ni , putus single , bermasalah complicated , tunang enggament , maried yang dah kahwin . Ni l… Read More...
Baca Dua Ayat Ini Tiap Malam, Insya Allah Rezeki LancarMuslimah membaca Al Qur'an (Slate.com)Ada dua ayat di dalam Al Qur’an yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberika… Read More...
Misteri 7 Murid Orang Asli SK Tohoi Tidak Pulang Sejak 23 Ogos Lalu TerbongkarMisteri 7 Murid Orang Asli SK Tohoi Tidak Pulang Sejak 23 Ogos Lalu Terbongkar | Seorang pemandu pelancong, Mohd. Tahir Mat Saman menyi… Read More...
Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR)Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau di… Read More...
0 Response to "Saya Telah Dirogol 30 Kali, Tiada Waktu Rehat Untuk Makan Tengahari (GAMBAR)"
Post a Comment