BERDOZEN penduduk Maghribi meniarap di persisiran pantai demi menunjukkan simbol solidariti ke atas kanak-kanak Syria yang berusia tiga tahun, Aylan Kurdi yang mayatnya ditemui terdampar di pantai Turki baru-baru ini.
Mereka turut mengenakan pakaian merah yang mirip kepada adik Aylan beserta ukiran arca dari pasir membentuk badan jenazah yang terbaring secara meniarap ketika ditemui oleh anggota pasukan keselamatan.
Penganjur demonstrasi, Latifa Ahrar ketika ditemubual portal MailOnlinememberitahu, dunia perlu mengambil iktibar ekoran kematian puluhan pelarian Syria yang terkorban ketika berhijrah ke negara asing.
“Tugas saya dan rakan-rakan di sini adalah untuk memberi mesej kepada dunia bahawa pemimpin dunia seakan-akan tidak peduli dengan isu pergolakkan dan krisis yang berlaku di Syria,” katanya.
Aryan dan abangnya yang berusia 5 tahun terkorban apabila bot yang dinaiki bersama dengan ahli keluarganya karam ketika cuba memasuki Greece dari pantai Turki selepas melarikan diri daripada konflik di Syria.
Kematian Aylan menyemarakkan kemarahan rakyat negara-negara Eropah kerana selama ini kerajaan mereka tidak mengambil prihatin kepada nasib migran yang lari dari negara konflik untuk mendapatkan perlindungan.
Majoriti rakyat dilaporkan mahu kerajaan-kerajaan di dalam Kesatuan Eropah (EU) membuka pintu dan memberikan perlindungan kepada para pelarian pencari suaka politik tersebut.
Ada kalangan negara tersebyt, segelintir rakyatnya sudah bersedia menerima para pelarian sebagai tetamu di rumah mereka dan bersedia tinggal bersama mereka.
Kini sudah bermula usaha untuk menerima migran dan juga pelarian ke dalam negara di dalam EU dan cadangan pada ketika ini ialah menggunakan sistem kuota bagi semua negara di dalam kesatuan itu.
0 Response to "Rakyat Maghribi Baring, Simbol Penghormatan Kematian Aylan"
Post a Comment