Peminat Teruja Sharnaaz Bakal Tamatkan Zaman Bujangnya


Jika sebelum ini, Sharnaaz Ahmad menyifatkan bahawa hubungannya bersama kakak Neelofa iaitu Nabila hanyalah sekadar rakan niaga, nampaknya kini peminat sudah tidak senang duduk apabila melihat perkongsian gambar mereka yang seakan-akan menjurus kepada sesuatu yang lebih bermakna.




Baru-baru ini, bukan saja di Instagram Sharnaaz, malah akaun Instagram Nabila juga turut dihujani dengan harapan yang tidak henti-henti agar pasangan ini berkahwin malah siap ada yang mendoakan semoga bahagia ke anak cucu. Amboi, cuba bawak bersabar sikit wahai peminat semua.





Kami pasti dengan janji Sharnaaz bahawa jika dia sudah bersedia, pastinya dia akan berkongsikan perkara tersebut kepada semua. Jika Sharnaaz kata kawan untuk perniagaan, kawan untuk perniagaanlah maksudnya itu.







Apa pun, mesti kenyang bukan dapat rasa masakan bakal mertua sampai tersandar. Eh. Gurau saja Sharnaaz. Semoga doa dan harapan peminat akan turut sama mengiringi pasangan ini. Buat peminat yang teruja sangat-sangat, harap bersabar ya. (rtky/s)








0 Response to "Peminat Teruja Sharnaaz Bakal Tamatkan Zaman Bujangnya"

Post a Comment