Malaysia Akan Sekat Facebook , Instagram , Twitter Dan Whatapp di Malaysia Isnin Ini....Baca Selanjutnya....



MAS ERMIEYATI: Ahmad Shabery harus membentangkan hasil kajiannya yang terkini kepada umum mengenai penutupan Facebook.

KUALA LUMPUR: Semua pihak harus mengawal diri sendiri dan tidak terlampau terdedah selain mudah percaya dengan pelbagai fakta serta maklumat tidak sahih di dalam media sosial.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun diakui penggunaan media sosial sebagai medium penyampaian maklumat pantas, ia harus dibatasi dengan kewarasan akal fikiran semasa menerima input daripadanya.

"Kita akui penggunaan Facebook di kalangan rakyat negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia.

"Mudah percaya kepada semua berita di Facebook juga boleh mengancam keharmonian negara, kita harus sedar banyak pihak tidak bertanggungjawab menggunakan medium itu untuk menyebarkan propaganda jahat dan bermotif kepentingan peribadi," katanya kepada Astro AWANI di sini, Rabu.

Mas Ermieyati mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyatakan kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.

Kata Ahmad Shabery, kementeriannya juga akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

Bagaimanapun kenyataan menteri itu dilaporkan pada tahun lepas.

Dalam pada itu kata Mas Ermieyati, Ahmad Shabery harus membentangkan hasil kajiannya yang terkini kepada umum mengenai penutupan Facebook.

"Kita akui ada beberapa negara yang tidak membenarkan Facebook namun di negara kita, kesannya harus dikaji agar adil dan memberi keputusan menang-menang kepada semua.

"Saya sendiri akui perlunya kemodenan teknologi serta telekomunikasi termasuk media sosial ini.

"Apa yang penting, semua bijak menggunakannya dan tidak menjadikan alat untuk membangkitkan krisis terutama melibatkan perkauman," ujarnya.

Dengan mengambil contoh amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendedahkan ada pihak mengugut mahu mengadakan demonstrasi besar sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan berundur di laman Twitter, Mas Ermieyati berkata, ia bukti jelas penyalahgunaan media sosial.

"Kenapa guna media sosial untuk berhimpun dan menimbulkan huru-hara? Risikonya besar kepada masyarakat lain.

"Ada juga kes sebelum ini yang menggunakan media sosial untuk menghina Agong serta pemimpin negara," jelasnya.

Mas Ermieyati turut memaklumkan, Puteri UMNO juga sedang membangunkan aplikasi interaktif yang memberi infomasi terkini aktiviti sayap parti itu.

"Kita sedang membangunkan aplikasi ini dan menjadi platform ahli-ahli Puteri UMNO berinteraksi, ia usaha yang merapatkan ahli selain hebahan aktiviti dengan cara pantas," katanya.

Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery

SHABERY: Penutupan Facebook adalah satu pendekatan radikal - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras malam tadi.

Turut hadir Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras Datuk Hajah Zurainah Musa.

Namun, Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.

"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya,  itu kita perlu tengok balik", katanya.

Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu.

0 Response to "Malaysia Akan Sekat Facebook , Instagram , Twitter Dan Whatapp di Malaysia Isnin Ini....Baca Selanjutnya...."

Post a Comment