Al-Fatihah..Ajal Dan Maut Adalah Ketentuan-Nya



Alor Gajah: Remaja 16 tahun bertemu ajal walaupun selepas diselamatkan daripada lemas ketika mandi bersama dua adik-beradiknya di Pantai Tanjung Bidara, Alor Gajah, 3 petang tadi.

Mangsa, Syed Muhamad Ali Shah bersama abangnya, Syed Muhamad Shah, 19, dan adik mereka, Syed Muhamad Shah, 14, ketika itu sedang mandi di pantai berkenaan.

Bagaimanapun, mayat abangnya, Syed Muhamad Shah hanya ditemui pasukan penyelamat di kawasan sama arwah adiknya ditemui, pada 6.35 petang tadi.

Difahamkan, Syed Muhamad Ali Shah dan Syed Muhammad Shah tenggelam tiba-tiba tetapi adik mereka sempat berpaut pada batu berhampiran.

Orang awam menyedari kejadian kemjudianya membantu menyelamatkan Syed Muhamad Ali Shah dan adiknya dengan membawa kedua-dua mangsa ke pantai.

Bagaimanapun, Syed Muhammad Ali disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Sementara itu, Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah Pegawai Bomba Kanan II Shaari Ismail, berkata usaha mengesan mangsa hilang dibantu JPAM dan Agensi Penguatkiasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketika kejadian mereka dan adik-beradik lain bersama ibu bapa mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung keluarga itu di Kemuning, Gadek, Alor Gajah.

Namun, mereka dikatakan singgah sebentar di pantai itu untuk mandi.

Ayah tiga beradik berkenaan mengesahkan, nama anak lelakinya yang berusia 19 tahun sama dengan yang berumur 14 tahun. - my Metro

0 Response to "Al-Fatihah..Ajal Dan Maut Adalah Ketentuan-Nya"

Post a Comment