Yazid Search Rayu Derma Buah Pinggang



Pemain dram kumpulan rock legenda, Search, Yazid Ahmad sekali lagi
merayu kepada orang ramai yang sudi untuk menderma buah pinggang
kepadanya.
Meskipun setelah lebih enam tahun menunggu penderma yang
bermurah hati, Yazid percaya akan ada insan yang sudi membantu
dirinya dan sepanjang tempoh menunggu itu, dia tidak akan menyerah
kalah.
“Saya sekali lagi merayu jika ada pihak yang sudi menderma. Saya
benar-benar memerlukannya ketika ini.
“Kita tahu memang susah sikit mahu mencari penderma organ, tetapi
saya tetap berharap. Sebagai pesakit buah pinggang memang apa
yang saya lalui sejak enam tahun lalu bukan mudah, sebab itu kalau
boleh saya mahu segera sembuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.
Pemain dram yang kini berusia 53 tahun itu telah dimasukkan semula
ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lalu.
Menurut Yazid, dia dimasukkan ke wad setelah doktor mendapati
terdapat keracunan di bahagian jantungnya.
“Malah sepanjang bulan Ramadan ini saya tidak dapat menjalani
ibadah puasa atas nasihat doktor. Mungkin juga saya akan berada di
sini sehingga Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam nada sebak.

0 Response to "Yazid Search Rayu Derma Buah Pinggang"

Post a Comment