Tolonglah biar saya pakai seluar dalam dulu.....Remaja Guna taktik sewa dua bilik untuk berasmara, gagal


JITRA: Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan teman lelakinya sanggup menyewa dua bilik yang berbeza ketika mendaftar masuk sebuah motel di pekan ini, sebagai helah untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik di situ. Namun, helah pasangan berusia 19 tahun itu terbongkar apabila bilik yang digunakan mereka untuk berasmara diserbu sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, awal pagi semalam.

Ketika serbuan jam 1 pagi itu, remaja lelaki terbabit memberikan alasan kononnya terpaksa menyewa bilik motel berkenaan kerana pasangannya tidak sempat masuk ke asrama disebabkan pintu masuk IPTA sudah ditutup.

Pemuda dari Sungai Petani itu mendakwa tidak melakukan apa-apa dengan pasangannya, sebaliknya hanya duduk berdua sementara menunggu waktu bersahur, namun keadaannya yang hanya memakai tuala ketika diserbu menimbulkan syak anggota penguat kuasa.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata ketika diserbu, pelajar wanita terbabit berpakaian lengkap. "Sebaik pintu bilik yang diketuk dibuka, seorang pemuda kelihatan terkejut mendapati kehadiran pihak berkuasa, namun membenarkan anggota bertugas masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan.

 "Kami menemui seorang gadis dalam ketakutan dan ketika ditanya mengenai hubungan mereka, masing-masing gagal menunjukkan sebarang bukti status mereka sebagai pasangan suami isteri atau mahram yang sah.

"Hasil maklumat, kami dapati mereka mulanya menyewa dua bilik berasingan kira-kira jam 10 malam dipercayai sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa, sebelum pemuda itu menyelinap ke bilik pasangannya," katanya. Radzi berkata, pasangan itu dipercayai sudah lama berkenalan kerana masing-masing berasal dari Sungai Petani tetapi mereka kerap bertemu di sini, sejak pelajar perempuan itu melanjutkan pelajaran ke IPTA.

"Kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Jitra untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan kedua-dua mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my

0 Response to "Tolonglah biar saya pakai seluar dalam dulu.....Remaja Guna taktik sewa dua bilik untuk berasmara, gagal "

Post a Comment