Dalam satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan berkenaan turut mengambil dokumen berkaitan daripada 17 akaun daripada 2 bank.
"Perintah pembekuan 6 akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini dikeluarkan pada 6 Julai, 2015.
"Selain itu, pasukan petugas khas juga mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari 2 buah bank bagi membantu siasatan," kata kenyataan bersama itu.
Sabtu lalu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan pasukan petugas khas sudah memulakan siasatan selepas The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan berbilion ringgit wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pasukan petugas khas juga dalam kenyataan itu menyatakan mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menamakan bank berkenaan.
"Siasatan masih berjalan, justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan." – 7 Julai, 2015.
MENYUSUL LAGI
Related Posts :
PECAHKAN AIR KETUBAN , CUCUK UBAT TAHAN SAKIT , ANAK SAWAN SETIAP 3 SAAT .. SALAH HOSPITAL LAGI ! #viral Kali ini giliran Puan Noridah Binti Malak pula mengisahkan kesedihannya apabila anaknya disahkan tidak normal seperti kanak-kanak … Read More...
TERBONGKAR! [WAJIB BACA] : RANCANGAN WANITA YAHUDI MENGANDUNGKAN ANAK ORANG ISLAM #QS: 23. Al Mu'minuun 42. Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka umat-umat yang lain. Apa yang kita tunggu sebenarnye? adakah kita masih b… Read More...
Menteri NAZRI kata - Walaupun GST Rakyat Tetap Berbelanja Untuk Raya.....HaissHH..!!! Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat untuk berbelanja pada musim perayaan khususnya pada Program… Read More...
PERGHH.......TYPO punya pasal gadis ini dibahan dalam laman sosial..... KITA faham kegembiraan sesetengah orang muda yang teruja untuk membayar kewajipan berzakat di bulan Ramadan buat pertama kalinya setelah … Read More...
Muat Naik Gambar Separuh Bogel, Chef Wan Kena Hentam CHEF Selebriti No.1 Negara, Chef Wan telah memuatnaik sekeping gambarnya sewaktu berusia 24 tahun di laman Instagram. Gambar tersebut bu… Read More...
0 Response to "6 akaun bank dibekukan pasukan petugas khas 1MDB selepas pendedahan WSJ"
Post a Comment