(3 FOTO) Akhirnya wajah sebenar lelaki rogol bayi 1 bulan di Gombak, Selangor didedahkan?



KUALA LUMPUR, 8 Okt - Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.

Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.



Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.


“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.

Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.

“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.

Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.

Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.

Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.


SUMBER ASAL




Polis cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh menimbulkan huru-hara apabila seorang bayi berusia sebulan didakwa telah dirogol dan dipukul separuh mati.

Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.

Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru, lebam di seluruh tubuh dan semua tulang rusuknya patah.

Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu. Namun, mereka dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.



Satu kumpulan menulis dalam Facebook memaksa pihak polis penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend serta nama pasangan berkenaan didedahkan.

Bayi malang tersebut kini menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.



SUMBER ASAL

0 Response to "(3 FOTO) Akhirnya wajah sebenar lelaki rogol bayi 1 bulan di Gombak, Selangor didedahkan?"

Post a Comment