PERBUATAN JIJIK LELAKI INI LANGGAN PEL4CUR DENGAN WANG SEDEKAH!
Melihat peminta sedekah pasti hati kecil akan melahirkan rasa simpati kepada mereka. Malah dengan ikhlas kita akan menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan ini. Tetapi jika duit tersebut digunakan sebaiknya syukur alhamdulillah. Namun jika digunakan kepada perkara bertentangan sudah pasti rasa geram bukan?
Di Jakarta, seorang lelaki berusia 70 tahun ditahan pegawai kebajikan gara-gara menggunakan wang hasil mengemis untuk melanggan pelacur. Tindakan lelaki ini menimbul kemarahan netizen yang tidak berpuashati dengan tindakan lelaki tersebut.
Lelaki yang dikenali sebagai Tiban ditahan di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan oleh sepasukan pegawai kebajikan dengan membawa wang berjumlah Rp3.6 juta (RM1,019) yang diperoleh hasil daripada mengemis.
Menurut Ketua Jabatan Kebajikan Jakarta Selatan Kismoyohadi Tiban tidak berkahwin dan tidak mempunyai keluarga sering dilihat meminta sedekah di Kebayoran Lama.
“Sudah dua kali Tiban ditahan kerana melanggan pelacur di kawasan itu.
“Tiban mengaku menggunakan wang hasil meminta sedekah itu untuk membeli keperluan diri dan untuk memenuhi nafsunya,” katanya.
Memang wajar kita semua memberikan sedekah dan bantuan kepada golongan pengemis ini. Semua sudah maklum memberikan sedekah menambahkan lagi rezeki kita tetapi jika sedekah yang diberikan digunakan kepada jalan yang tidak baik memang diharamkan dari memberi sedekah. Tak gitu? -sensasi.org-
0 Response to "PERBUATAN JIJIK LELAKI INI LANGGAN PEL4CUR DENGAN WANG SEDEKAH!"
Post a Comment