Apa Sebenarnya Masalah Umat Melayu Pergi Bazar Pakai Baju Tutup Aurat Tapi Ketat Macam Ini



Dalam Islam umatnya disuruh memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak ketat kerana setiap larangan yang ada dalam Islam tersebut sudah pasti mempunyai alasan yang kukuh.

Menutup aurat bagi lelaki dan wanita Islam adalah wajib, maka kita dengarlah ayat-ayat dari mereka

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

“Walaupun tidak tutup aurat, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Ayat biasa yang sudah pasti akan dengarkan.

Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda?



Kini dalam bulan Ramadan, pergi ke bazar Ramadan tidak bolehkah mengenakan pakaiaan sopan sedikit? sebab ada segelintir masyarakat melayu pergi bazar Ramadan dengan pakai ketat sana sini, dah bertudung elok tapi aset belakang ‘mengembang serlah’ macam buah nangka.

Perlakuan mereka ini seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan, sedangkan banyak dikongsi dilaman sosial, ada pak cik Cina tu nak buka tudung tin air pun perlahan-lahan sebab hormat orang Islam berpuasa, ini kita sendiri orang melayu tidak hormat saudara sebangsa seagama berpuasa.

Ini mereka pergi bazar tayang aset, bagi lelaki ajnabi tengok. Perlu ingat orang lain berpuasa bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga tetapi melawan nafsu. Senang cakap sudah pasti ramai akan melihat dan melihat kali kedua (zina mata).

Bak kata orang Pak Aji datang bazar pun boleh tercabut kopiah tengok mereka-mereka ini.

Sumber – Siakapkeli.my

0 Response to "Apa Sebenarnya Masalah Umat Melayu Pergi Bazar Pakai Baju Tutup Aurat Tapi Ketat Macam Ini"

Post a Comment