Amyra Rosli dan Amar Baharin Berpisah Seketika?

Amyra Rosli dan Amar Baharin Berpisah Seketika?
Oleh Izzat Ismail. Sumber RK

Mesti peminat kedua dua artis ini terkejut bukan tatkala pertama kali membaca tajuk ini? Jangan salah faham, sebenarnya mereka berdua terpaksa berpisah seketika selepas tidak lagi disatukan pada teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk.

Menurut sumber, Amyra terpaksa menjauhkan diri dari Amar Baharin apabila tidak bergandingan sebagai hero dan heroin dalam teater tersebut . Selain inginkan kelainan, pelakon wanita ini ingin berubah angin kerana sebelum ini sudah banyak gandingan yang melibatkan mereka berdua.

Dalam pada itu, Amyra turut memberitahu dia telah mendapat tawaran untuk menerajui watak utama sebagai “Hayati” tetapi terpaksa ditolak atas komitmen yang lain. Namun begitu, dia tetap positif sambil menyifatkan perkara tersebut ada hikmahnya selain percaya dengan rezeki.

Buat pengetahuan semua, watak tersebut telah disandang oleh Nabila Huda dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk yang bakal menemui peminat pada 12-18 Oktober di Panggung Sari Istana Budaya.

0 Response to "Amyra Rosli dan Amar Baharin Berpisah Seketika?"

Post a Comment