Che Ta Tidak Bersalah ~ RAMLI MS

Datuk Ramli MS selaku Pengkritik tetap AF2015 tegur sikap pengetua program tersebut iaitu Edry Abdul Halim yang melenting setelah mendengar kritikan Rozita Che di depan orang.

Ia tidak sepatutnya terjadi.

Menurut beliau Edry dan juga orang di luar sana telah salah faham tentang tugas Che Ta, yang berperanan sebagai pengkritik awam. Che Ta juga bukan berperanan sebagai pengkritik muzik yang diserahkan kepada Ramli MS sebagai seorang pakar dalam bidang muzik. 


Che Tak telah bertindak untuk menamatkan tugasnya sebagai pengkritik setelah beliau berasa tersinggung dengan teguran Edry di depan khalayak ramai sejurus dia memberikan pendapatnya yang agak negatif kepada salah seorang peserta AF 2015 iaitu Sufi pada siaran musim keenam yang telah disiarkan secara langsung pada hari Ahad lalu.  

Tetapi Edry pula telah mengalu-alukan langkah Che Ta menarik diri sebagai pengkritik program AF2015 itu kerana beliau berpendapat Che Ta memang tak layak untuk menjalankan tugas yang telah diberikan itu. 



Ramli juga meminta supaya orang ramai jangan membandingkan dirinya dengan Che Ta kerana bidang mereka berdua adalah berbeza. 

 "Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana. 


0 Response to "Che Ta Tidak Bersalah ~ RAMLI MS"

Post a Comment