AKHIRNYA wajah sebenar dalang pembunuhan Kevin Anthony Morais didedahkan

Sepandai-pandai tupai melompat AKHIRNYA wajah sebenar dalang pembunuhan Kevin Anthony Morais kini didedahkan juga. Siapa sangka ini orangnya. Hensem pulak tu.



Selepas 13 hari dilaporkan hilang polis hari ini mengesahkan mayat yang disimen di dalam tong dram dijumpai di dalam parit di Jalan Subang 3 di sini milik Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, mayat ditemui hasil pengakuan lima daripada tujuh suspek yang didalangi doktor berusia 52 tahun yang menunjukkan kepada polis mayat mangsa dibuang.

Menurutnya, semua suspek ditahan di Pulau Pinang, Rawang dan sekitar Lembah Klang, semalam.

"Siasatan awal mendapati motif pembunuhan adalah dendam berhubung satu kes rasuah yang di kendalikan Kevin sebagai Timbalan Pendakwa Raya ketika itu.

"Penemuan mayat ini sekaligus melenyapkan spekulasi yang dikaitan dengan kes 1MDB dan kematian Hussain Najadi," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Katanya, seorang doktor di Hospital Tentera menjadi dalang utama kes penculikan dan pembunuhan kejam Timbalan Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Kevin Anthony Morais.

0 Response to "AKHIRNYA wajah sebenar dalang pembunuhan Kevin Anthony Morais didedahkan"

Post a Comment