INILAH KISAH SEBENAR AUNTIE INDIA 'DIZALIMI' PENGUATKUASA DBI




INILAH KISAH SEBENAR AUNTIE INDIA 'DIZALIMI' PENGUATKUASA DBI

Semalam, viral gambar seorang peniaga wanita berbangsa India kononnya dizalimi oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Ipoh, Perak (DBI) yang didakwa telah menghalangnya berniaga di zon larangan.

Menurut Ahmad Shuaib Ismail, penasihat undang-undang BFF of UMNO, peniaga itu dihalau dari berniaga dan barangan berniaganya juga turut dicampak oleh penguatkuasa ke jalanan.

"Dia ada perasaan, dia ada anak-anak untuk menerima suapan nasi. Dia bukan pencuri, dia cari rezeki halal. Kalau tak ada lesen berniaga, berikan lesen kepada beliau tetapi jangan sampai buang barangan dia begitu sahaja," katanya.



Bagaimanapun, dakwaan Ahmad Shuaib itu adalah fitnah dan dilihat cuba mereka-rekakan cerita bagi meraih simpati orang ramai di media sosial.

Difahamkan, wanita itu sebenarnya berniaga di laluan pintu ke hospital. Ekoran tindakannya itu boleh menghalang laluan masuk ambulan ketika kecemasan, pihak penguatkuasa telah mengambil tindakan terhadapnya.

Berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa itu, wanita berkenaan mencampakkan barang niaganya ke jalan raya sebagai tanda protes.

Sepatutnya sebagai peniaga makanan ringan, haruslah memohon lesen terlebih dahulu dan meminta lokasi niaga yang bersesuaian. Logiknya, wanita itu tidak sepatutnya berniaga di mana-mana kawasan hospital kerana makanan-makanan yang dijualnya itu tidak sesuai di jual di hospital.

Sesiapa sahaja boleh berniaga dengan syarat memohon lesen dan berniaga di tempat yang sesuai agar tidak mendatangkan masalah pada diri sendiri pada masa akan datang.

0 Response to "INILAH KISAH SEBENAR AUNTIE INDIA 'DIZALIMI' PENGUATKUASA DBI"

Post a Comment