PEHA BESAR dan KETAT Inilah 6 teknik terpantas untuk kecilkan saiz peha yang besar dan ketat


Peha yang besar, pasti akan membuatkan wanita kurang keyakinan diri, lebih-lebih lagi jika mereka memakai skinny jeans atau skirt.

Ramai yang ingin kecilkan bahagian tersebut, tetapi agak sukar kerana ia perlukan masa.
Apa lagi, jom cuba 6 cara terpantas untuk menghilangkan lemak di peha dengan mudah.

1. Latihan kardio
Anda boleh melakukan aktiviti yang boleh membakar kalori dengan cepat, seperti berbasikal, berlari, dan lompat tali. Lakukan aktiviti selama 60 minit sebanyak lima kali dalam seminggu untuk menghilangkan lemak di peha.

2. Aktiviti mendaki
Anda boleh cuba berlari menaiki atau menuruni bukit, atau melakukan sesuatu yang lebih mudah seperti naik-turun tangga di rumah anda. Itu boleh membantu membakar lebih banyak kalori pada tubuh, terutama peha.

3. Tidak melewatkan sarapan
Pastikan anda tidak melewatkan sarapan di waktu pagi kerana ia boleh membantu mengurangkan lemak di tubuh anda. Makan makanan tinggi karbohidrat untuk membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.

4. Amalkan snek sihat
Untuk elakkan makan berlebihan, anda disyorkan untuk makan snek sihat. Makanlah sesuatu sekurang-kurangnya setiap beberapa jam untuk elakkan rasa lapar yang menyebabkan anda makan berlebihan.

5. Minum banyak air
Elakkan minuman manis seperti soda, jus buah-buahan, dan minuman tenaga. Anda disarankan untuk minum air putih kerana kandungannya yang sifar kalori.

6. Tidur yang cukup
Untuk mengawal berat badan anda, dapatkan rehat yang cukup. Rasa mengantuk membuatkan anda makan berlebihan dan itu juga malas bersenam.

0 Response to "PEHA BESAR dan KETAT Inilah 6 teknik terpantas untuk kecilkan saiz peha yang besar dan ketat"

Post a Comment