Ada harganya apabila seseorang itu mengambil keputusan untuk bergelar selebriti kerana segala tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut oleh peminat di luar sana.
Ada kalanya artis dan public figure yang lain perlu berahsia dan tidak berkongsi kisah peribadi mereka untuk tatapan umum sekiranya benda itu akan mendatangkan fitnah mahupun perkara negatif dan sensitif untuk dikongsikan kepada orang ramai.
Apa yang ingin dikaitkan di sini ialah mengenai anak dara penyanyi popular, Datuk Sheila Majid, Wan Khaleda atau nama glamornya Kayda Aziz di mana gambarnya sedang bersosial dan bercium dengan seorang jejaka telah tersebar di Internet.
Jika sebelum ini gambarnya berpakaian seksi serta memegang botol arak tersebar namun itu merupakan cerita beberapa tahun lalu. Mungkin orang dah lupakan kisahnya itu.
Namun, seiring dengan perkembangan karier seninya dalam bidang nyanyian yang mula meningkat naik kebelakangan ini, adakah ini merupakan satu publisiti untuknya terus melakar nama dalam bidang ini?
Tak tahulah, hanya tuan punya badan yang boleh menjawabnya.
Home » Artis
» Masya Allah.....Inilah Kehidupan Sebenar Anak Seorang Artis Malaysia yang Ramai Tak Tahu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Masya Allah.....Inilah Kehidupan Sebenar Anak Seorang Artis Malaysia yang Ramai Tak Tahu...."
Post a Comment