1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!

1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang
Ramai Tidak Tahu !!! | Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong,
Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi
satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih
3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada
regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas
seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di
Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama
sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air
yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia.
Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil
keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya
memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya
sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf
sebagai pendakwah terbaik.
Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-
kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana
Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis
pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong
dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang
dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara
yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah
yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta
jalan penyelesaian masalah ummah.
Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan
korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh
dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk
membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang
mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak
pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan
kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai
tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS
khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan
pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama
antara pemerintah dengan pihak keselamatan (PDRM) mula
dilakukan dengan hebat.
PDRM menangkap isteri Ust Ibrahim dan memfitnah Ustaz mengajar
ajaran sesat seperti mengajar mengucap dua kalimah syahadah
dengan menyebut nama Ibrahim Rasulullah dan bukan Muhammad
Rasulullah dan menuduh bahawa para syuhadah semua mengucap
kalimah dengan menyebut nama Ustaz dan bukan nama Nabi
Muhammad S.A.W.
==============================================================
MEMALI DIKEPUNG
Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung
hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota
keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala
tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya
yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai
kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di
dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang
istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan
anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar
fahaman salah dan sesat.
Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru
kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas
keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka
terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan.
Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’
disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa
yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun
apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak
pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan
seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh
kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata,
senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan
dan segala macam kelengkapan lain.
Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan
maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini.
Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur
perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat
mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan.
Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti
ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa
dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat
diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam
18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta
besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah.
Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah
dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’
ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi
Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang
memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust
Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.
Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust
Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para
pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya
yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau
mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari
perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai
kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan
tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak
pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf
Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah
antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan
pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah
khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya
untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana
baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah.
Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu
kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang
bertentangan dengan Islam.
Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim
akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada
di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-
anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada
Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas
ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar
mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa
orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan
anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu.
Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka
meninggalkan tempat tersebut.
==============================================================
MEMALI DISERANG
Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya
orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan
akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak
semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua,
kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian
melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan
pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk
tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-
kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang
menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti
apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang
dan pisau.
Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih
mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri
tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan
tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak
kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang
dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan
serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke
arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke
tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi
dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.
Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu
dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang
menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust.
Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh
ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan
isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya,
“abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.
Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg.
Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman
pemerintah yang rakus menghadapi rakyat yang serba kekurangan.
Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah
mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia.
Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis.
Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani
para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak
terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua
penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke
balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak
sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar
merahsiakan kejadian.
Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah
dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang
semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa
agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka
mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’
dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid.
Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri
Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan
agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah
pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan
lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib
diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan
mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak
dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah
yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.
Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke
mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di
dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan
Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau
memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk
menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan
sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan
orang PAS menyerang anggota keselamatan.
Hari ini, hampir 30 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa
mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota
polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar
dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.
Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya
menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan
Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.
Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan
memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota
polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS,
kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan
mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan
terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan
sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini ,
akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan
beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.
p/s: Sejarah ini dipaparkan bukan dengan niat untuk memprovokasi
mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula
generasi hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan
Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang
sejarahnya penuh dengan darah dan air mata. Semuanya demi
melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi inspirasi
untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas landasan
ini.
==============================================================
BAHAGIAN 2 : CATATAN KRONOLOGI TRAGEDI BERDARAH
MEMALI 1985
Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di
Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan
terkorbannya 13 nyawa bersama Asy-Syahid Ibrahim Mahmud.
Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer
daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan
tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri.
Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka
yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP
SECRET:
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis
Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai
bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis
beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima
arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai
tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai
daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah
daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan
yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis
dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik
operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis
Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman.
Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan.
Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu
sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan
sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung
di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah
memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman
betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya
sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan
mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan
satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba
menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal.
Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu
menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah
Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk
bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa
Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah
seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha
menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali
sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi,
akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar
serangan itu diteruskan.
NOTA KHAS:
Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di
sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana
minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada
semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan
itu yang tidak minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah
menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan
betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan
Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah
mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan
Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan
polis itu.
007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah
pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling
dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit
Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang
sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang
penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45.
Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka
sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit
Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu.
Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada
Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan
mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud
menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu
mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit
Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada
Bukit Aman.
eliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit
Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi
yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara
pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan
Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul
kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang
menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.
Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi.
Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam
tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di
Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal
Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan
berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti
perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya
Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah
marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma
mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan
walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat
berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim
Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu
meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni
rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di
Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari
tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah
berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap
sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan
segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh
runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom
molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat
senjata yang boleh dipergunakannya.
Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima
kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk
berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah
melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca
Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi
ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan
dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat
nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan
hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa
yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya.
Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah
keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan ‘syahid’
daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu
yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk
menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu
dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yang telah mabuk ataupun
tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota
polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka
lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai.
Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu
sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi.
Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang
bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis
yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka
akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang
diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman.
Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil
sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung
seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan
membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke
bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul)
diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan)
telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang
juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman
yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan
pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri.
Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka
membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan
yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara.
Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang
semula.
012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang
berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba
muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah
benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa
senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi.
Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan
sokongan.
Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang
berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang
sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana
masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang
kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan
komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis
Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun
turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak
berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan
pasukan kawan
sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi
mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai
daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan
sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga
orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan
mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.
==============================================================
BABAK DUA
013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah
Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen
anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai
matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi
itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai
pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya
mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama
Islam.
014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan
diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul
untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka
terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke
rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil
menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan
perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan
mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang
mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia
sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim
Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang
semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan
melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan
itu telah terdedah sama sekali.
NOTA KHAS:
Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam
telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan
malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
==============================================================
015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan
menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah
memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah
Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.
Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus
memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang
dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang
kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim
agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak
polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing
penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis
disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah
Ibrahim.
017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu
masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di
mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus
melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan
anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka
walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar
yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam
perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya
yang cedera teruk sahaja.
Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau
telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang
menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada
sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan
genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih
lagi melaungkan Allahuakbar.
Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung
kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:
“Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”
018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah
ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota
Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk
menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak
mereka lagi sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.
019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah
membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada
Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua
orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu
tidak terdedah.
020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang
kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter
polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai
Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang
sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap
dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim.
Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan
pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota
tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan
arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari
betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis
yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan.
Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa
yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami
akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. “
==============================================================
BABAK KETIGA
Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu
dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim
Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang
digambarkan oleh Musa Hitam.
Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan
satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah
mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah
menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah
dan penganut ajaran sesat.
Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis
Agama Islam Kedah yang berkata: “Ustaz Ibrahim hanya
memberikan ceramah agama.
Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam
telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali
oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap
aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu.
Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk
keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh
membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu
muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan
politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan
dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu
yang mendatang.
==============================================================
DILEMMA UMNO
Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO
memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa
erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah.
Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu
sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau
para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah
nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka
kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu
kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO?
Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan
mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara
nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang
kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam.
Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima
padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama
General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh
rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai ‘haiwan politik’ dan
juga ‘penghapus orang Islam’. Murdani adalah seorang agen Zionis,
kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam
mengikuti gelagat Murdani?
Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan
lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang
melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk
terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India
sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka
berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara
tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin
menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi
mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan
Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif
menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai
penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan
ancaman polis.
Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa
mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang
direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan
warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem
tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki.
Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan.
Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja
dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa
satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar
ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan
layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau
keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati
syahid pula.
Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud
telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling.
Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah
itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas
permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa
Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang
bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan
saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar
betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang
didorong oleh semangat semacam itu.
Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah
merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang
kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah
membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.
Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding
bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah
kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.
Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak
berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu
tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah
merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf
tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa
ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak
melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod
Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan
perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling
terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan
rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.
Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan
perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula,
apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat
jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah
dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah
letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang
bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa
ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan
mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa
Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam
telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk
membongkar kisah Tragedi Memali itu.
Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu
sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
“Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu
mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat
rezeki.”
27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia. “
======================================================================
Tunku dedahkan Peristiwa 13 Mei juga adalah rancangan Mahathir &
UMNO sendiri.
begitu juga Tragedi Berdarah Memali.

0 Response to "1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!! "

Post a Comment