Rozita Che Wan dilamar lagi




Rozita Che Wan dan suami.


KUALA LUMPUR: Hari ini Rozita Che Wan dilamar lagi. Bukan dilamar mana-mana lelaki sebaliknya ibu kepada Aaisyah Dhia Ranaa itu dilamar menjadi duta produk perniagaan jualan langsung produk kesihatan G2 Network berlangsung di Flora Terrace Hampshire Place, Kuala Lumpur.

G2 Network ialah syarikat yang mengetengahkan landasan perniagaan untuk membina kerjaya keusahawanan dan membentuk ramai jutawan di Malaysia.






Produk keluaran G2 Network merupakan jenama set lengkap yang memenuhi piawaian serta komitmen produk berkualiti tinggi.

Ia mula mula ditubuhkan pada Mac 2014. G2 Network Worldwide Sdn Bhd pada ketika itu masih lagi tidak dikenali dan masih dalam usaha mendapatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi salah seorang warga G2 Network.

"Jutaan terima kasih kepada pihak syarikat kerana memilih saya sebagai duta Produk produk G2 Network Worldwide S/B. Melihat hasil dari testimoni yang mencuba dan menampakkan hasil sangat efektif menjadikannya terpanggil untuk mencuba dan mengalami sendiri produk keluaran G2 Network.

"Saya bersetuju menjadi duta selepas mencuba sendiri produk Idola dari G2 Network dan ia sangat berkesan. Apa yang lebih menarik dengan G2 Network bukan sahaja anda dapat merasai perubahan kesihatan yang sebenar, malah ia menjadi tapak untuk mereka di luar sana mendapatkan pendapatan sampingan sekali gus berjinak-jinak dalam menjadi usahawan yang berjaya," katanya.

G2 Network bertujuan mengembangkan formulasi idea kreatif serta memartabatkan industri jualan langsung disamping dapat melahirkan jutawan beriman dalam menerapkan etika perniagaan yang telus dan dipercayai.

G2 Network sekali lagi mengalu-alukan orang ramai yang bercita-cita menjadi usahawan berjaya untuk menyertai perniagaan jualan langsung (perniagaan bertingkat) bersama warga G2 Network Worldwide Sdn Bhd. Inilah masa & tempatnya untuk orang ramai di luar sana untuk membina kejayaan dan keuntungan yang luar biasa.

Majlis sebentar tadi tadi dihadiri oleh Presiden Lembaga Pelindung & Kebajikan Pengguna Malaysia yang juga Presiden Lembaga Kesedaran dan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Sri Dr. Saharuddin Awang Yahya dan Dato Dr Ng Kuak Ping (Pengasas G2 Network Worldwide Sdn Bhd) .

0 Response to "Rozita Che Wan dilamar lagi"

Post a Comment